Sunday, May 20, 2012

Anak Mersing Street Outing Vol 01 (AMSO)

Assalamualaikum semua,pada hari sabtu lepas 19 Mei 2012 pihak NahamPhoto dan Group FB Anak Mersing telah menganjurkan outing fotografi besar-besaran untuk merakamkan panorama Mersing sebelum bertukar kepada sebuah bandar(MERSING LAGUNA).Seterusnya adalah laporan aktiviti ini.
Outing ini dimulakan sekitar jam 6.30-7.00 pagi untuk merakamkan panorama matahari terbit dari pantai Mersing,Allhamdullilah pada pagi tersebut cuaca agak baik untuk merakam foto matahari terbit.Untuk sesi kedua pula,peserta AMSO Vol 1 ini diberi peluang untuk mengambil gambar model untuk tujuan perkongsian ilmu sesama peserta.
Sesi seterusnya,merupakan sesi street outing dimana peserta bergerak ke sekitar bandar mersing untuk merakamkan suasana bandar mersing untuk tatapan anak cucu sebelum berubah,semasa sesi ini saya juga dapat merakamkan beberapa keping foto untuk kegunaan sendiri

Kesimpulannya,saya amat berpuas hati dengan outing fotografi kali ini,ops lupa pulak nak bagitahu.Outing ini dihadiri hampir 40 peserta dan semalam kami masuk paper! hehe.Walaubagaimanapun,saya berharap akan ada lagi outing fotografi seperti ini bagi mengeratkan lagi hubungan sillaturahim.

Di bawah ini merupakan keratan akhbar sinar untuk laporan Aktiviti ini
Sekian sahaja untuk posting kali ini,maaf bahasa agak tungang langgan,insyAllah saya akan perbaiki dari masa ke semasa.
laaayaaaaaannnnnn
Mersing Photographer,Mersing Cameraman,Jurufoto Mersing,akmal rafie,Johor Photographer,Mersing,Jurufoto kahwin,Jurufoto Perkahwinan,Mersing Photomanipulator,Johore Photomanipulator,Johor Visual Artist,Jurufoto Kluang,Johor Top Photographer,Fotografik Perkahwinan,Fotografi Perkawhinan,Wedding In Photographic.promosi fotografi perkahwinan,promosi,jurufoto johor,johor photographer,

Monday, April 16, 2012

Majlis Bertandang Lia&Izham | Putrajaya

Assalamualaikum semua,
hari ini saya ingin menulis blog tentang fotografi perkahwinan Lia&Izham yang berlangsung di Dewan Presint 9 Putrajaya pada 25 Mac 2012.Putrajaya bagi saya memang terbaik untuk fotografi perkahwinan.Walau bagaimanapun,di sini saya ingin berkongsi pengalaman saya semasa bertugas di putrajaya.Saya bertugas bersama 2 orang associate photographer dari AkmalRafie Photography iaitu Afique Rahman dan Rizal.
Saya,memulakan perjalanan yang memakan masa hampir 5 jam dari Johor untuk tugasan fotografi perkahwinan ini,disini suka saya nyatakan dimana jika anda serius dengan fotografi perkahwinan anda,pihak kami juga serius untuk memberikan perkhidmatan terbaik walau terpaksa menempuh perjalanan jauh.Majlis dimulakan dengan begitu meriah dengan kehadiran tetamu sekitar jam 12 dan majlis pun berlangsung dengan jayanya.Saya ingin kongsikan sedikit teknikal yang digunakan semasa shoot majlis ini.
Semasa sesi di dalam dewan berlangsung,saya hanya menggunakan cahaya semula jadi (available light) untuk mendapatkan mood cahaya yang cantik.Untuk menggunakan cahaya semula jadi anda perlu pastikan cahaya dalam dewan tersebut mencukupi untuk shot anda,Seterusnya pastikan bukaan aperture yang besar dan shutter yang laju agar anda tidak terlepas moment2 penting semasa majlis.Seterusnya adalah foto dan sedikit teknikal semasa sesi outdoor


Semasa sesi outdoor,saya telah ke beberapa spot menarik di putrajaya.Antaranya saya telah ke taman botani dan hasilnya adalah seperti di atas.Semasa sesi outdoor saya masih menggunakan available light tapi dibantu sedikit dengan flash dan softbox.Untuk mendapatkan komposisi menarik dan kemas seperti di atas,anda perlu  selalu mengkaji foto dari jurufoto lain dan buat sedikit kajian berkenaan foto mereka.Rasanya sampai disini sahaja entri untuk kali ini.InsyAllah saya akan dedahkan lagi apa yang saya lakukan semasa melaksankan tugasan fotografi.

untuk melihat lebih foto,sila klik link di bawah.

anda berminat dengan cara saya bertugas dan foto yang saya hasilkan?
nak tempah? klik link dibawah 

Mersing Photographer,Mersing Cameraman,Jurufoto Mersing,akmal rafie,Johor Photographer,Mersing,Jurufoto kahwin,Jurufoto Perkahwinan,Mersing Photomanipulator,Johore Photomanipulator,Johor Visual Artist,Jurufoto Kluang,Johor Top Photographer,Fotografik Perkahwinan,Fotografi Perkawhinan,Wedding In Photographic.promosi fotografi perkahwinan,promosi,jurufoto johor,johor photographer,






Monday, April 9, 2012

Pembaharuan Laman Blog

Assalamualaikum semua
,Hari ini saya akn memperbaharui blog saya kepada laman blog yang lebih padat dengan informasi berkenaan jurufoto,fotografi,editing dan juga fotografi perkahwinan.Perubahan ini diambil bagi memisahkan ruangan informasi dari AkmalRafie dengan perkhidmatan fotografi yang disediakan dan memberikan fokus kepada sesuatu laman blog.

(screenshot blog dengan view yang baru)

Di samping itu,saya juga akan "update" promosi-promosi berkenaan fotografi perkahwinan yang saya sediakan di laman blog ini.Selain dari informasi,tips dan promosi,saya juga akan 'reveal'cara saya bekerja,lokasi,teknik dan beberapa rahsia perniagaan yang saya amalkan selama ini.Sampai di sini sahaja,nantikan update seterusnya di masa mendatang! Wassalam.

Mersing Photographer,Mersing Cameraman,Jurufoto Mersing,akmal rafie,Johor Photographer,Mersing,Jurufoto kahwin,Jurufoto Perkahwinan,Mersing Photomanipulator,Johore Photomanipulator,Johor Visual Artist,Jurufoto Kluang,Johor Top Photographer,Fotografik Perkahwinan,Fotografi Perkawhinan,Wedding In Photographic.promosi fotografi perkahwinan,promosi,jurufoto johor,johor photographer 

Tuesday, March 27, 2012

Kursus Digital Makeover

8 April 2012
Tempat : Bilik Seminar,Pusat Jalur Lebar Triang(CBC)
Pengajar : Akmal Rafie (AR)

APAKAH OBJEKTIF KURSUS?
1) Memberi pengetahuan berkenaan solekan secara digital 
2) Memberi pengetahuan kepada peserta tentang rahsia adobe photoshop untuk solekan digita
3) Memberi cara & langkah-langkah mengedit gambar menggunakan Adobe Photoshop supaya dapat menghasilkan solekan digital yang berkualiti

APAKAH SYARAT PENYERTAAN?
1) Berumur 16 tahun keatas.
2) Sesuai bagi mereka yang beminat dalam editing fotografi
ALATAN YANG PERLU DIBAWA?
1) Nota dan pena sendiri
2) Pendrive atau external hard disk untuk menyalin source file dari pihak kami

APAKAH KEISTIMEWAAN KURSUS?
1) Dijalankan dalam suasana santai & mudah difahami kerana menggunakan modul bahasa melayu.
2) Yuran yang berpatutan dan berbaloi dengan ilmu serta pemberian yang diperolehi.
3) Lokasi pembelajaran menarik dan berhawa dingin untuk keselesaan pelanggan.
4) Komputer disediakan untuk memudahkan proses pembelajaran


Berikut merupakan aturcara kursus yang akan dijalankan. Makan tengahari tidak disediakan tetapi anda boleh keluar dikawasan berhampiran untuk makan tengahari..
09.00 am – Sesi 1 : pengenalan dan pendaftaran
10.00 am – Sesi 2 : Asas Menggunakan tools di dalam adobe photoshop
12.00 pm – Rahsia teknik melicinkan dan menaikkan seri kulit model.
1.00 pm – Rehat, Makan Tengahari, Solat
02.00 pm – Sesi 3 : Teknik menggubah fizikal potret
04.30 pm – Penilaian & Rumusan
05.30 pm – Group Photo & Bersurai


Kapasiti Peserta - 10 Orang
Yuran RM60 sahaja
Komputer Disediakan


Cara Pembayaran
pembayaran (RM60) menggunakan BANK-IN/ MESIN ATM/ ONLINE TRANSFER

Berikut adalah maklumat pembayaran yang diperlukan;
Bank: Maybank
Nombor Akaun : 151098446314
Nama: Mohamad Akmal Rafie Bin Mustafa Kamal
Jumlah: RM60

sebarang pertanyaan lanjut
hubungi : AkmalRafie 0179932451

Wednesday, March 14, 2012

Cerita Tentang Saya Dan Fotografi

Assalamualaikum semua,sepatutnya entri ini diletakkan di bahagian about atau info,namun begitu saya tergerak untuk menulis ini sebagai entri blog bagi semua peminat tegar fotografi.Saya ingin menceritakan sedikit sebanyak pengalaman saya dalam arena fotografi.Saya mula berjinak-jinak dalam arena fotografi bermula pada tahun 2007 dengan berbekalkan kamera kompak canon a400 untuk shoot fotografi perkahwinan jiran sebelah rumah.Dari situ saya mula mencari seposen dua modal untuk membila kamera DSLR.Setelah lebih kurang 1 tahun bekerja keras, akhirnya pada bulan mei 2008 saya mula menembak dengan menggunakan kamera DSLR Sony A200 untuk tujuan fotografi perkahwinan.Sepanjang kerjaya saya menggunakan kamera DSLR pelbagai cabaran saya terpaksa tempuhi dari di hentam teruk dek orang lain kerana harga murah,seterusnya saya ditipu sebuah syarikat fotografi perkahwinan di negeri sembilan.Saya disindir teruk di satu forum terkemuka dengan alasan upload gambar pengantin customer mereka.Job last minute tetapi malam sebelum majlis cancel dan macam2 lagi.Namum begitu, banyak juga kenangan manis dalam arena fotografi ini yang saya alami tapi taknak cerita lah malu! hehe.Jika ingin diceritakan asam garam saya menggunakan dslr sepanjang tahun,rasanya 99 entri blog pun belum tentu cukup.Namun begitu saya terus cekal dan nekad untuk meneruskan kerjaya ini sebagai sepenuh masa dan menganggap fotografi merupakan sebahagian hidup saya.Cukuplah sampai disini,insyAllah di lain hari saya ceritakan lagi pengalaman saya dalam fotografi perkahwinan.


-AKMALRAFIE-
JUROFOTO PERKAHWINAN
NAHAMPHOTO CRONY

Mersing Photographer,Mersing Cameraman,Jurufoto Mersing,akmal rafie,Johor Photographer,Mersing,Jurufoto kahwin,Jurufoto Perkahwinan,Mersing Photomanipulator,Johore Photomanipulator,Johor Visual Artist,Jurufoto Kluang,Johor Top Photographer,Fotografik Perkahwinan,Fotografi Perkawhinan,Wedding In Photographic.promosi fotografi perkahwinan,promosi,jurufoto johor,johor photographer 

Monday, March 12, 2012

Wedding | Lia&Izham | 4 Mac 2012







Assalamualaikum semua,pertama saya ingin mengucapkan selamat pengantin baru kepada Lia&Izham.Ok ini hasil terbaru fotografi saya,takdelah baru sangat.hehe.Maaf kerana tak update secepat mungkin kerana sibuk dengan Karnival Anak Mersing(KAMi) yang berlansung pada hujung minggu lepas.btw layan dulu hasil fotografi perkahwinan saya ni.Jika anda berminat dengan hasil kerja saya jom ke laman rasmi saya

Mersing Photographer,Mersing Cameraman,Jurufoto Mersing,akmal rafie,Johor Photographer,Mersing,Jurufoto kahwin,Jurufoto Perkahwinan,Mersing Photomanipulator,Johore Photomanipulator,Johor Visual Artist,Jurufoto Kluang,Johor Top Photographer,Fotografik Perkahwinan,Fotografi Perkawhinan,Wedding In Photographic.promosi fotografi perkahwinan,promosi,jurufoto johor,johor photographer

Tuesday, March 6, 2012

Wedding | Teja&Peja | Mersing,Johor







Assalamualaikum semua,oh lama sudah tak hupdate blog ni.Kebelakangan ni saya agak sibuk dengan bengkel 3photo,seterusnya job wedding pada setiap hujung minggu dan minggu ni pula sibuk dengan Karnival Anak Mersing dan Fotografi perkahwinan pada minggu yang sama.ouch bila nak rehat? takpelah biar penat asal klient semua happy.so layan lah hasil terbaru dari sy.untuk lebih hasil sila ke


Mersing Photographer,Mersing Cameraman,Jurufoto Mersing,akmal rafie,Johor Photographer,Mersing,Jurufoto kahwin,Jurufoto Perkahwinan,Mersing Photomanipulator,Johore Photomanipulator,Johor Visual Artist,Jurufoto Kluang,Johor Top Photographer,Fotografik Perkahwinan,Fotografi Perkawhinan,Wedding In Photographic.promosi fotografi perkahwinan,promosi,jurufoto johor,johor photographer